follow

31 Jan 2019

BUKU PROGRAM PERPISAHAN STAF

Assalamualaikum. Sebagai AJK Buku Program untuk jamuan perpisahan, inilah hasil yang dapat dibuat. Ini pun selepas membuat rujukan dari pereka buku program yang lebih kreatif di google dan sebagainya.




Lepasni saya belajar cara supaya anda boleh download. Sekarang saya share gambar dulu ok. hehehe. ok bye.

31 Jul 2016

Game untuk tafahum

Assalamualaikum.. Game ni sesuai bagi mereka yang dah lama kenal..

Sis gelar 'PILLOW FIGHT'. Sesuai dimainkan dalam 20 orang ke bawah.

Barang penting yang perlu ada ialah bantal. Kecik je tau. Jangan besar, kang pengsan anak orang.

Cara bermain:
1) Duduk dalam bulatan
2) Sediakan kertas kosong dan pen
3) Minta semua senaraikan:
-nama panggilan di rumah
-nama ibu
-nama ayah
-makanan kegemaran
-minuman kegemaran
-tarikh lahir
-nama kampung
-saiz kasut
-jumlah adik beradik
-anak ke berapa
-no handphone
-boleh tambah apa2 lagi
4) Lipat kertas dan letak di tengah
5) Sorang ambik kertas dan boleh tembak orang yang dia nak. Orang tu kena jawab siapa yang dimaksudkan. Kalau bukan tuan punya kertas pun xpa, asalkan betul. Contohnya saiz kasut 41 ada 3 orang. Tembak mana-mana pun boleh.
6) Kalau ada yang salah teka pukul dengan bantal. Kalau betul berjaya lepas dari pukulan.

Okay. Enjoy tau main game ni :) Adios

15 Mei 2014

game for ta'ruf @ game untuk taaruf

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa game yang boleh dilakukan untuk saling berkenalan atara satu sama lain. :)

1) kotak beracun.
-seorang akan mencabut kertas yang terdapat di dalam kotak.
-contoh kat kertas tertulis 'lagu nasyid yang diminati, test suara sikittt'

mungkin nampak simple tapi game ni dapat eratkan ukhuwah..

2) borang diri
-yg ni simple dan boleh jadi bahan rujukan sampai bila2
-tanya ttg nama penuh, nama panggilan, tarikh lahir dan lain2..

3) hujan kertas
-simple je gamenye
-koyak2 kertas dalam 10 dan letak ditengah bulatan
-suruh setiap orang ambil tak kisah berapa2pun tapi pastikan semua dapat
-kemudian bila sorang tu misal kata ada 3 kertas jadi dia kena ceritakan 3 perkara mengenai diri atau 3 perkara yang seronok bila dia join usrah atau pendapat mengenai ukhuwah

selamat mencuba ;)