follow

6 Mac 2013

Bina Insan Guru (BIG)

Assalamualaikum wbt.. :)
Masa sem 1 PISMP memang heboh tentang BIG. Mulalah dengar yang bukan-bukan dari senior, cakap susahlah, teruklah, ada lintah, ada pacat, kena buli dan banyak lagi yang teruk-teruk. Kawan-kawan pun mula bising sebab risau nak pergi camping buat kali pertama. Risau kalau-kalau tak dapat tidur, tak cukup makan dan bla bla bla .....

Ni fatimah nak share, pergi BIG memang memberi satu perubahan dalam diri. Mencabar diri untuk membuat satu perkara yang baru, bina keyakinan diri dan banyak lagi. Semua aktiviti best2 belako.. Semua yang senior bagitau 1 pun tadak ^^.

Dengan adanya BIG ni fatimah dapat kenal kawan-kawan baru yang sebelum ni, jumpa - senyum tapi kini, jumpa - tegur sapa . Fatimah pun dapat belajar berenang. Mungkin bagi mereka yang kenal fatimah nampak fatimah ni seorang yang aktif bersukan, 'agak' berani, dan tahu segala benda, tapi sebenarnya fatimah banyak 'lacking' dalam semua benda. Buktinya, masa nak turun bukit yang curam, fatimah rasa takut, jantung berdegup kencang. apa yang terucap di mulut cuma MASYAALLAH.

Ramai lagi yang 'terbaik'. Dan alhamdulillah mereka pun baik2 belaka nak bantu fatimah menuruni bukit yang curam dan licin . Bersyukur sangat sebab ahli-ahli kumpulan pun banyak bagi sokongan kepada fatimah supaya tak mudah putus asa. Mereka pun sanggup berkorban demi ahli kumpulan yang lain. Boleh dikatakan ahli kumpulan lelaki bersifat 'gentlemen' kerana sanggup bagi gloves kepada ahli perempuan supaya tak terluka. ^^.

Apapun, BIG memang seronok, takda apa yang nak ditakutkan kerana hampir semua aktiviti yang akan dilakukan 100% membawa kebaikan kepada diri kita sendiri. Bak kata encik, 'BIG ini mengajar kita supaya mendapat pengalaman baru sekiranya kita dipostingkan ke kawasan pedalaman.' Tapi kenapa mesti sebut Sabah & Sarawak ya? xsemua tempat di Sabah & Sarawak mundur. Kawasan pedalaman kini pun dah boleh pasang astro dan sebagainya.tiada apa yang nak ditakutkan. InsyaAllah.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan