Ana ada satu cerita yang ingin disampaikan kepada para pembaca sekalian..Semoga selepas membaca para pembaca akan berubah ke arah yang lebih baik,,InsyaAllah..
Pada 6bulan yang lepas, ana telah diuji dengan cabaran yang diberi oleh-Nya..Ana hampir-hampir saja berubah ke arah yang kurang baik atau kata lainnya, 'freehair'..Sejak dulu, ana tercari-cari landasan yang benar ke arah syariat Islam tetapi tidak juga menemuinya..Biasalah, di Sarawak kefahaman tentang Islamnya amat kurang kerana populasi orang Melayunya kurang.
Mungkin itu adalah salah satu cabran yang di sediakan ileh Allah SWT terhadap ana, sama ada pandai menilai mana yang baik dan buruk..Jalan yang benar dan yang salah..Ana teringin untuk mendekati agama yang tercinta ini tetapi tidak tahu ke mana harus pergi untuk memperoleh ilmu yang agung ini..
Namun apabila selesai sahaja Tingkatan 5, ana mengisi borang untuk ke maktab dengan harapan untuk menjadi guru.Ini sudah menjadi cita-cita ana sejak dari kecil..Alhamdulillah kerana keputusannya adalah memberangsangkan kerana ana telah diterima untuk panggilan temuduga di Institut Perguruan Miri..Beberapa bulan kemudian,ana mendapat keputusan sama ada diterima atau tidak..Alhamdulillah ana telah diterima ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan..Ana memanjat keyukuran yang teramat sangat terhadap Ilahi.
Kali pertama mendapati telah ditawarkan di maktab Terengganu Darul Iman, hati terdesis sama ada ingin menerima ataupun sebaliknya..Ini kerana sejak kecil,hanya ana saja yang menemani ibu..Ini kerana abang dan kakak telah pun mendirikan rumahtangga masing dan kedua-duanya tinggal berjauhan dari ibu..Namun atas dorongan ibu,ana kuatkan semangat untuk menimba ilmu di tempat orang..Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan..
Pada Jun 2011 ana bersama ibu, abang dan kakak ipar dalam perjalanan ke Negeri Terengganu untuk pendaftaran pelajar baru..Dan dari hari itu ana berpisah dengan ibu untuk jangka masa yang agak lama..Oleh kerana ana bukanlah bukan dari keluarga yang berada, ana menghadapi kesukaran untuk balik ke negeri tersayang dengan kerap..Tetapi ana tahu ini semua adalah ujian dari-Nya..Ana cuba hadapi cabaran ini dengan sebaiknya..
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'[2:286]
Permulaan orientasi,ana telah berjumpa dengan 2orang yang asalnya juga dari Sarawak..Salah seorang dari mereka sama tempat temuduga dan ana pernah berborak dengan dia dulu..Namun antara semua, hanya ana sahaja muslim dari Sarawak..Bermakna 2kawan yang tadi adalah bukan Islam..Pada mulanya ana memang agak kesunyian kerana tidak mempunyai kawan untuk bercakap dengan,hanya teman sebilik saja yang menjadi teman..Teman sebilik berasal dari Negeri Sabah..
Namun,segala-galaNya berubah apabila berada di Ipgksm..Ana telah berkenalan dengan seorang kakak nakibah yang amat baik..Dia telah mengajak ana untuk berusrah..Pada mulanya ana tertanya-tanya apa itu usrah??? Usrah adalah bulatan gembira dan salah satu cara untuk memperoleh ilmu tentang agama tercinta..Ana bersyukur..Mungkin ini adalah hikmah disebalik menimba ilmu di tempat yang jauh..
Sejak dari itu ,ana tergerak hati untuk memakai tudung yang melepasi dada dan ana mula tahu aurat yang lengkap tentang seorang wanita..Kalau dulu ana memang jahil tentang ini,namun sekarang ana bersyukur yang xterhingga kerana telah dikurniakan petunjuk sedemikian rupa dari Yang Maha Esa..
Ana mula sedar salah silap yang ana lakukan pada waktu dahulu..Dan mulai sekarang ana cuba untuk jadi orang lebih baik dari dulu..Cuba bertahan di atas landasan yang betul..Amin..Semoga ramai lagi yang mendapat hidayah yang sedemikian rupa..InsyaAllah..
Ana bukanlah seorang penulis yang baik,tetapi ana ingin berkongsi cerita kepada para pembaca sekalian cerita mengenai ana sendiri..Doa-doakanlah untuk kesemua para muslimat di luar sana..Semoga diberkati dan diberi ganjaran yang baik oleh Allah SWT..AMIN...Wallahualam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan