follow

25 Feb 2012

Hari Jadi ♥

15 Februari yang lalu merupakan hari jadi ana yang ke 19 tahun :) Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah SWT masih mengurniakan nyawa ini buat ana untuk tahun yang ke 19..Walaupun jauh dari family tercinta, walaupun jauh dari kawan-kawan yang berada di Sarawak, namun ana bersyukur sebab berada di sini ,ana dapat berkenalan dengan kawan baru..dapat merapatkan ukhuwah sesama saudara seIslam yang berada di Semenanjung ..Alhamdulillah..

15 Februari ,sekitar jam12 tengah malam ,rumet telah membuat kejutan disertai dengan kek dan hadiah :) Walaupun malam tu ada sedikit gangguan..Ada spotcheck, maka sebab tu la ditangguh hinga jam 12 tengah malam..Namun xpa,masih disambut dengan gembiranya..Nak lihat keknya? kejap lagi ana insertkan..dan hadiah yang akan ana jaga dengan baik iaitu sebuah buku yang bertajuk 'MENJADI CANTIK AISYAH ISTERI RASULULLAH' InsyaAllah :) Sungguh bernilai xterkata.. Terima kasih kepada rumet tersayang dan kawan-kawan yang telah menyanyi lagu selamat hari jadi beramai-ramai ..

Ni dia keknya..sungguh comel sekali :)

Dan pada 19 Februari, ana menerima kehadiran kek yang kedua :) daripada akak-akak nakibah dan kawan-kawan seusrah ..Agak mengejutkan kerana xterlintas di fikiran akan adanya kejutan sedemikian ..Yela..tarikh pun dah lepas,jadi ana xsangka akak nakibah akan membuat kejutan ..terima kasih sgt2 ..Mungkin kerana terkejut,jadi xtkeluar sepatah perkataan pun dari mulut ana..hanya ucapan terima kasih kerana dah melakukan semuanya :)Kek yang kedua ?jap..


Maaf,waktu gmbar diambil, ana dah merasmikan memotong kek.. :) nampak simple kan? sebab tu "Don't judge a cake by it's cover"hahaa..Rasanya sedap sangat..Ceri membuatkan kek ini bertambah manis seperti manisnya ukhuwah yang terjalin antara nakibah dan sahabat-sahabat..Oleh itu ,hargailah kawan-kawan yang ada di sekeliling..Bukan senang kita nak cari kawan yang baik sekarang..Kalau ada pun kita xakan nampak..Jadi jangan berlaku jahat ke orang lain..Kalau kita baik ke orang ,nescaya orang tu akan baik ke kita balik.. Tu sahaja yang ana dapat coretkan :) Buat kawan-kawan sekalian ..semoga dapat menyambut hari jadi dengan meriahnya..Hargai apa yang buat ke kita ,ok?InsyaAllah mereka di Redhai Allah.. Amin..

Assalamualaikum.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan