follow

5 Apr 2012

Bulatan gembira

Adakah anda tahu apa itu bulatan gembira ?? :)

Dulu mungkin ana  boleh dikategorikan sebagai golongan yang jahil kerana tidak melaksanakan perintah Allah SWT (solat, puasa setengah hari). Namun selepas mendapat tawaran ke maktab, meskipun terpaksan berjauhan dari ibu yang tercinta, tetapi ana tahu itulah yang terbaik bagi ana. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

Kalau mula-mula dulu, saat pertama berkenalan dengan nakibah..Nakibah bertanya "tahu x apa itu taalim?" AH? apa itu taalim?? Ana sungguh xmengerti apa yang dimaksudkan dengan taalim..Kerana kalau ditempat ana memang kurang aktiviti yang berguna seperti ini..Ruginya kerana ana baru mengenali apa itu taalim,kalaulah dari dulu tahu...... :(



Namun selepas join taalim ini, ana amat gembira kerana banyak pengisisan yang diperolehi..Ana bersyukur kerana ana adalah salah seorang insan yang terpilih untuk mendapat hidayah dari Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik.. Syukur alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah kerana telah membimbing diri ini..  :) Kalau dulunya, ana sedih kerana melihat orang yang melahirkan kita tidak sujud kepada Allah, tetapi sekarang semua dah berubah..



Sememangnya ibu ana amat kurang dalam pendidikan namun ana amat-amat sayangkan beliau.. Kenapa??mestilah kerana dia ibu ana :) Orang yang telah membawa kita ke dunia ini..Bukan? Syurga kita di bawah tapak kaki ibu..Ana bersyukur kerana ana dapat membimbing ibu ke jalan Allah walaupun ibu belajar secara perlahan-lahan.Namun ana tahu Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. :) Pada umur berapa pun asalkan hati kita tetap pada Allah yang Maha Esa nescaya Allah menerima taubatnya..InsyaAllah..

Sekarang,ana dah nampak hikmah kenapa ana ditempatkan di Negeri Terengganu Darul Iman ini :) Anda bila lagi ?? Jangan sia-siakan ..Sesungguhnya hidayah datang tanpa kita sedari namun besar kegunaannya demi kita dan betapa mulianya hidayah tersebut di sisi Allah SWT.. Wallahualam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan