Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera .. :)
Alhamdulillah ,syukur kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan nyawa bagi diri ini sehingga ke saat ini ..
Dari apa yang ana perhatikan persoalan yang dilontarkan dari kawan-kawan di facebook, ramai yang bertanyakan tentang wanita yang freehair tetapi mempunyai hati yang baik & wanita yang bertudung tetapi mempunyai hati yang busuk.. Kalau diri anda ditanya apa jawapan yg akan diberi? Lebih2 lagi kalau yg ingin mengenali ISLAM..macam mana?
Bagi pendapat ana, kedua-dua wanita ini melakukan dosa..Bagi yg tidak bertudung memang melakukan dosa sebab tidak menutup aurat dan tidak mematuhi perintah Allah SWT..Sebelum kita lahir di dunia, bukankah kita telah bersumpah untuk melakukan amar makruf nahi mungkar?..Hal ini boleh la diumpamakan seperti mencurahkan air ke botol yg tertutup..airnya akan melimpah keluar jatuh ke bawah..Maksud ana, sebanyak mana pun kebaikan yg dibuat, dosa aurat terdedah akan berkejaran dengan pahala dan menjadikan kebaikan kita itu suatu yang sia2.. Dosa kita mendedahkan aurat ke sana sini lebih banyak dari pahala kebaikan kita..Faham kan maksud ana..?
Seterusnya wanita yg bertudung tetapi mempunyai hati yang busuk.. Wanita yang bertudung munkin nampak mulia disisi masyarakat kerana mereka melaksanakan suruhan Allah SWT yakni menutup aurat..Tetapi, pertama sekali ,kita harus nilai, adakah wanita itu bertudung a.k.a menutup aurat sepenuhnya?? Ada wanita yang bertudung tetapi TIDAK menutup auratnya dengan sempurna..Masih ada yg ditayangkan kepada umum, contoh yang paling ketara yang dapat kita perhatikan sekarang ialah, berbaju ketat.. tidak berstoking dan banyak lagi yang terdedah.. MasyaAllah..
Apapun yang persepsi masyarakat di luar sana, hal yang di atas lebih berkaitan dengan hati seseorang individu tersebut.. Kalau hatinya baik, maka baiklah tingkah laku dan sahsiahnya.. Kalau ada kekotoran walaupun sedikit di hati kita, kalau tidak diubati, lama kelamaan ,ia akan membinasakan diri kita..Mari kita muhasabah diri..tutup aurat dengan sempurna, InsyaAllah selamat dunia akhirat..Ingatlah wahai wanita, kita adalah golongan yang senang masuk ke Syurga dan mudah juga masuk ke Neraka..
Allah bersama kita..percayalah.. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan