follow

10 Jan 2014

Rasa bosan dalam pesawat?

Assalamualaikum wbt :)

Bila kita dalam pesawat, mesti kita rasa bosan, lebih-lebih lagi kalau travel sorang-sorang. Ana selalu kalau balik bumi kenyalang, SARAWAK. wow! jauh! tu yang keluar dari mulut kawan-kawan. haha. (abaikan) Nak buat macam mana... demi menuntut ilmu terpaksa berjauhan dari keluarga jugak. Ni ana nak kongsi tips-tips yang korang boleh lakukan bila bosan duduk dalam pesawat. ^^

1. Penutup mata
Pastikan penutup mata dibawa bersama. Sebaiknya belilah warna yang gelap supaya cahaya tak masuk dan supaya kita dapat tidur dengan selesa semasa berada di dalam pesawat.

2. Bantal tiup
Kemudian, kegunaan bantal tiup ini supaya menyelesakan kita tidur di atas kerusi. Kerusi di pesawat dan kerusi di bas hampir serupa je. Kalau anda rasa tidur di kerusi bas membuatkan leher berasa sakit, begitu jugalah di dalam pesawat. Cumanya dalam pesawat tak banyak goyang2. dapat tidur dengan selesa. ^^

3.buku
Kalau rasa bosan dalam pesawat, bolehlah belek-belek buku yang berada dalam poket kerusi dihadapan kita. ^^. Ada jugak buku yang menyenaraikan senarai makanan kalau kita rasa lapar atau nak beli 'souvenirs' pun tersenarai juga. Lagi 1 boleh jugak kalau nak bawa buku sendiri sebab dalam pesawat kadang-kadang memang bosan sangat lebih-lebih lagi kalau orang yang duduk sebelah kita jenis yang pendiam atau ada masalah untuk berkomunikasi sebab mereka berasal dari negara luar atau sebagainya.

4.Jaket
Jaket merupakan keperluan yang penting kalau berada dalam pesawat! sebabnya kalau dalam pesawat tu sejuk. kadang-kadang rang bawak selendang, selimut atau yang sebagainya untuk cover badan atau untuk menghangatkan badan semasa berada dalam pesawat.

5.Permainan elektronik
Bawalah permainan elektronik dan simpan ditempat yang mudah dicapai contohnya beg galas. Tapi pastikan peralatan elektronik ini dipadamkan sebelum pelepasan dan semasa pendaratan untuk mengelakkan sistem pesawat terganggu dan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun ramai je yang tak dengar -_- Kalau tak sayang nyawa sendiri pun fikir jugak nyawa orang lain. Peace no war ^^, just bagi nasihat.

6.Makanan ringan
Bawalah bekal kalau masuk pesawat. Sebab boleh makan-makan masa bosan. Lagipun boleh membantu kita hilangkan rasa mabuk bagi yang tak biasa atau pertama kali naik pesawat ni. ^^

Sekian saja. Gunakanlah tips ni sebaiknya kalau sudi.
Assalamualaikum..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan