follow

19 Sep 2012

'jangan menangkan syaitan yang kerja dia memang nak downkan kita'

janganlah kita terlalu leka dengan kehidupan di dunia ini. Bersyukurnya kerana diri ini masih lagi di dalam tarbiyah. Sekurang-kurang ada yang menegur tika diri ini salah, ada yang menjadi contoh untuk ke arah yang lebih baik, ada yang menjadi teman tika diri ini keseorangan, ada yang menjadi seorang sahabat untuk berkongsi masalah dan ada yang boleh memberi ilmu ke arah yang kebaikan bagi diri ini.

Kata murobbiyah,
'Janganlah kita biarkan hati kita menjadi keras seperti besi, sehingga apabila dicurahkan air sekalipun, hati tetap keras dan tidak tergugat'

Mahukah kita menjadi orang yang dah keras hatinya seperti sebatang besi? Amat susah untuk melembutkannya kembali kepada keadaan yang asal. Jadilah kita dalam mereka yang rugi jika kita tergolong dalam hati-hati tersebut. Moga kita dijauhkan.

Murobbiyah juga berkata
'Jika kita diberi pilihan, pilihlah yang mana boleh meningkatkan tahap keimanan kita. Janganlah memilih untuk keseronokan di dunia saja'

Contohnya jika kita ada program yang boleh meningkatkan iman kita, dan kita sertakan dengan alasan-alasan kenapa kita xnak pergi ke program tu. Sudah tentu murobbiyah bertimbang rasa dengan alasan kita yang berbagai-bagai. Tetapi ingatlah ,cuma di dunia saja kita boleh beralasan, namun jika kita berhadapan dengan Allah nanti, diterima atau x alasan yang kita sertakan?


Setiap apa yang kita lakukan, semuanya adalah pilihan kita sendiri. Jika kita pilih jalan yang baik maka baiklah, tetapi jika kita pilih jalan yang buruk, bergelumanglah kita dengan dosa. Jadi berfikirlah dengan sewarasnya jika kita diberi pilihan, setiap perkara yang dilakukan akan dinilai melalui niat kita sendiri.

Muhasabah bersama #maaf, ana mungkin bukan penulis yang baik tetapi berkongsi ilmu adalah perkara yang baik :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan