follow

27 Sep 2012

KERANA MULUT IMAN BINASA




sebut hal mulut ini,memang macam2 perkara yang boleh dikaitkan dengannya. Malah banyak peribahasa yang mengaitkan tentang mulut. Mulut tempayan, beras mulut dan ringan mulut, antara contoh biasa yang digunakan ramai orang. Begitu juga dengan bidalan, sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa. Menunjukkan betapa peranan mulut atau apa yang disebut oleh mulut akan meporak-perandakan hidup. Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,

' Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam .' (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Namun pernahkah kita terfikir, disebabkan mulut juga iman dan akidah kita binasa?

Sebenarnya ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa disebabkan kata-kata yang keluar daripada mulut kita, menyebabkan jatuh syahadah atau gugur iman kita. Benarkah begitu? Keimanan itu terbina di atas 3 unsur iaitu takrir, tasydid dan amal; diucapkan di mulut, membenarkan di hati dan dimanifestikan dengan perbuatan.

3unsur inilah yang membina keimanan. Justeru andai rosak salah satu daripada 3 unsur ini maka bukankah akan rosak keimanan kita?

Sifir iman bukan 3-1 jadi 2. Tapi 3-1 jadi 0! Contoh mudah, mulut sangat suka menyebut, "Mujurlah ada awak,kalau tidak,tak tahu apa nak jadi". Kata-kata sebegini sebenarnya sangat mengundang bahaya. Bayangkan kalau dilafazkan dengan taklid bahawa sebab kawan kita itu ada kita selamat, maka apa jadi dengan iman kita? Tak takut jatuh syirikkah kita? Mungkin lebih baik jika kita tukar menjadi "Mujurlah Allah hantar awak....Alhamdulillah..syukur sangat...."

Itu baru contoh kecil.Banyak lagi perkara yang sebenarnya membuatkan kita berada di jurang syirik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan