follow

12 Nov 2013

Penat vs malas

Assalamualaikum wbt buat semua..Apa khabar iman hari ini? :)

Kalau berbiacara tentang penat, semua manusia pernah merasai kepenatan, kelelahan, dan banyak lagikan..
Kalau berbicara tentang malas pula, setiap kali perasaan malas timbul dalam diri kita.

Kenapa? Mengapa?

Dalam kehidupan harian kita, kadang2 kita akan mengalami situasi seperti penat dan malas. Tidak kiralah siapa pun kita, kadang2 situasi itu sedikit sebanyak menganggu kegembiraan dan kebahagiaan hidup kita. Itulah sebuah kehidupan. Tidak dapat dielakkan dan tidak boleh menolak kerana ia pasti akan hadir.

Tapi kadang2 kita mengeluh atas sesuatu yang tidak patut kita keluhkan. Contohnya, apabila mendapat sesuatu tugasan, (assignment mungkin) semua akan mengeluh, semua akan merungut. Kalau xnak dapat assignment, untuk apa sambung belajar? Kalau semua nak merungut, macam mana mahu berjaya? Malas nak berbuat, kumpul2 assignment kemudian jadi melambak. Bila due date dah dekat mula push diri nak siapkan dalam masa yang singkat. Then, in the end. PENAT. :)

Keletihan yang kita sendiri cari. Itu baru sedikit, urusan duniawi lagi, belum lagi disibukkan diri dengan urusan ukhrawi, bukan? Cuba kita imbau zaman Rasulullah, disebalik kepenatan mereka untuk berperang, tatkala mereka tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup untuk mengisi tenaga mereka, namun mereka tetap gagah menghadapi pihak musuh.Kalau kita? Tak makan sehari pun dah mula lesu, nak senyum sikit pun susah.hihihi. ye dok?

Perkataan yang akan terbit dari mulut cuma:

"Lapar..lapar...Nak makan..."



uaRghhhh~(menguap).. Mungkin ramai yang selalu kalah dengan nafsu diri yang nak selalu berada dalam comfort zone kan. ;)

Biasalah manusia, pasti ada keinginan sendiri. Memanjakan nafsu sendiri. Asyik2 kalah dengan kemahuan sendiri. Kadang2 kita tahu mana yang baik, mana yang buruk, mana yang patut dilakukan dulu, mana yang kemudian, tapi atas dorongan nafsu mungkin atau MALAS, semuanya jadi tidak teratur. Mulalah buat kerja di saat akhir. Mulalah itu ini, begitu begini. hihi. ^^,

Kadang2 boleh jadi bengang dengan kawan2 yang punya sikap pemalas yang terlampau. Tapi setiap individu berbeza perwatakannya, berbeza juga kesedarannya terhadap orang lain. Jadi, jalan yang patut diambil ialah dengan bersabar.


Kadang2, untuk memperoleh apa yang kita inginkan tu boleh. Tapi bila munculnya perasaan malas, semuanya serba xkena. Jadi, pendek kata, perasaan malas tu harus dibuang. Xguna nak simpan lama2 dalam diri, nanti memakan diri sendiri pula. :)

Sebelum terdetik perasaan malas tu, tanya diri sendiri, untuk apa aku menjadi seorang yang pemalas? Apa faedah yang aku akan perolehi kalau menjadi malas? Menguntungkan atau x jadi seorang yang malas.

STOPKAN MALAS TU! Jangan biarkan syaitan berjaya menghasut diri anda. Hindari dari sifat malas. Lebih2 lagi apabila malas untuk berbuat kebaikan. no no no.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan